Saturday, May 21, 2011

Senyum Tak Perlu Kata Apa Apa


Picture mean a thousand words.
Alhamdulillah



terima kasih kerana like entry ini :)

Sunday, May 1, 2011

Sekadar Renungan

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”
M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”

Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rahmat bagi mereka dizahirkan dalam bentuk kepedulian yang nyata, antara lain mengasuh mereka dalam keluarga kita, membantu ekonomi dan pendidikan, menjadi orang tua asuh, serta aktif mengelola rumah asuhan.
Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak atau sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


I want to give credit to HIMPUNAN HADIS for this entry

terima kasih kerana like entry ini :)

Eh ! Apa kat Dalam tu ?

Welcome aboard.How r u peeps today ? Saye sihat dan seronok sangat sabtu ni.hehe.Baca tajuk entri ini mesti macam pelik kan.Apa lah minah ini merepek malam malam ni.Muahaha.Sebenar nye bosan malam ini & tak tahu nak buat apa and then tiba tiba teringat pernah ada lah kawan saye pernah cakap kat saye 'Eh,kau bawak beg besar besar ni nak pergi mane ? Bawak susu & lampin baby sekali ke ? '

Dang ! Memang beg aku besar sebab ape,sebab senang.Korang tau tak senang beg besar ni sebab semua benda boleh campak je dalam beg.ha,betul la tu semua benda boleh campak,jap lagi nak cari kunci kereta dah gelebah sebab tak jumpa -.-".

Jom terjah apa ada dalam beg besar yang di kutuk seperti membawa lampin & susu baby tu :D







1. Red Tote bag-MNG. 
Senang bai beg besar ni,sumbat je
2.Purse-Charles&Keith
Ikhsan dari Encik BF,sayang awak ketat ketat
3.Pen
Penting sebab mana tau tiba tiba ade peminat minta autograph
tak payah susah cari pen.BOOOO !
4.Hand Cream-The Face Shop
Paling penting sebab nak salam tangan mak mertua
 tangan kena lembut.Apakah?
5.Fresh Breath with Eclipse
Kalau mulut terasa kelat,kesat makan lah benda alah ni
6.Smartphone-BB Bold 9700
Omaigad,can't live without it.Berlagak betul minah ni.
Muahahaha
7.Tag
Itu tag kerja aku.
Mati kalau tak ada memang tak boleh pergi kerja la
8.Compact Powder-Miyami
Bedak murah jew.Non mampu beli mahal mahal
9.Lip Care
Sangat banyak ok !
Ada lipice,lip balm,lipstick & lip gloss.Fuhh !

Baiklah itu sahaja setakat ini.Puas hati tak ada susu & lampin baby hokeh ! Teheheheeee.GTG now nak tidur dan mimpi JB :D



terima kasih kerana like entry ini :)